Pembukaan Pasaraya Ebit Liew, Jumlah Pengunjung Yang Datang Amat Mengejutkan

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew membuka 10 cawangan pasaraya yang diberi nama ElewMart di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Beliau yang berkongsi luahan hatinya yang pernah bercita-cita untuk mempunyai pasaraya akhirnya tertunai apabila pembukaan cawangan pertama pasarayanya akan berlangsung esok di Bangi.
“Terima kaseh ya Allah atas nikmat ini. Kabulkanlah cita-citaku semenjak kecil lagi untuk bantu lebih ramai orang dan adi asbab kebaikan”.
18 Julai Bandar Baru Bangi dan 19 Julai TTDI Grove Kajang. Seterusnya minggu depan 8 cawangan lain.
“Doakan yer, terima kaseh mendoakan ElewsMart. Dah semakin hampir hari pembukaan ElewsMart 10 cawangan”.
“Tak sabar setiap cawangan ada Food Bank untuk orang yang memerlukan dan ingin beri. Dan akan letak harga murah”.
“Ya Allah berkatilah usaha ini. Berkati dan rahmatilah semuanya. Jadi asbab kebaikan buat semua”.
Hari ini pembukaan Elewsmart cawangan Bangi, Selangor. Memang sudah dijangka mesti jumlah pengunjung akan ramai.
Pengunjung sanggup beratur panjang dan lama semata mata untuk membeli barangan di Elewsmart dan pada yang bertuah dapat membeli barangan promosi yang boleh dikatakan tidak masuk akal harganya.
Kepada pengunjung Elewsmart, mohon patuhi SOP dan amalkan penjarakkan sosial. Penutup muka dan selalu basuh tangan. Kita jaga kita.
Semoga Ustaz Ebit Lew terus sukses dan usaha membantu orang yang tidak berkemampuan akan berkekalan. Semoga usaha yang ditunjuk oleh Ebit Lew menjadi inspirasi kepada orang lain.
Jom tengok video ni pula