Tarikh ‘due’ jadi tarikh pengebumian, bayi meninggal dunia di usia kandungan 9 bulan
Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan suami isteri, namun tidak semua yang bernasib baik untuk mendapatkan cahaya mata kerana diuji dengan pelbagai dugaan.
Menerusi hantaran di Facebook, Mr Wan Cai Official, telah berkongsi mengenai satu kisah yang menyayat hati mengenai pasangan suami isteri yang kehilangan bayi mereka di saat kandungan sudah mencecah sembilan bulan.
Tarikh due jadi tarik pengebumian
Difahamkan, bayi kepada pasangan suami isteri itu dijangka lahir pada 27 Oktober ini, namun di tarikh itu juga pengebumiannya apabila doktor tidak dapat menyelamatkan kandungan si ibu.
Tabahkan hati urus jenazah anak
Hati ibu dan ayah diruntun pilu, anak yang sepatutnya dipangku kini sudah tidak lagi bernyawa. Dapat diperhatikan wajah sugul ayah ketika menguruskan jenazah bayinya.
Bayi dalam perut dah tak bergerak
Dimaklumkan, pada 25 Oktober lalu si ibu merasakan tiada pergerakan bayi di dalam kandungnya seperti kebiasaan, maka mendatangkan kerisauan membuat mereka bergegas ke hospital.
Lahirkan bayi sudah tak bernyawa
Namun, setelah diperiksa oleh doktor dukacita dimaklumkan bahawa bayi dalam kandungnya sudah meninggal dunia dan si ibu perlu melahirkan anaknya yang sudah tidak lagi bernyawa.
Anak syurga selamat dikebumikan
Semoga kedua ibu bapa bayi syurga ini diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan Tuhan.
Sumber : Mr Wan Cai Official










