Tindakan wanita letak semula buah yang telah dimakan di pasaraya undang kritikan
Zaman sekarang ramai yang sanggup melakukan pelbagai perkara pelik untuk nampak cool semata-mata serta mendapatkan perhatian ramai. Video-video di media sosial penuh dengan gelagat-gelagat golongan muda yang berlumba-lumba untuk menghasilkan video paling berani dan mencabar.
Sama ada dengan membahayakan diri sendiri mahupun membahayakan orang lain, di samping prank-prank yang tidak memikirkan perasaan orang lain, golongan muda memang sangat mudah terikut dengan benda-benda mengarut.
Sebuah video yang tular baru-baru ini membuktikan perkara itu apabila seorang pengunjung pasaraya bertindak meletakkan semula makanan yang telah dimakannya
Dalam video yang dikongsikan di Twitter, individu tersebut dilihat mengambil sebiji buah dan menggigitnya sebelum meletakkan semula di tempatnya. Dia juga memakan beberapa buah-buahan lain sambil aksinya itu dirakam oleh rakannya.
Tindakan wanita itu menerima pelbagai komen serta kritikan dari netizen, di samping ada juga yang mempersoalkan mengapa dia makan buah yang belum bercuci.
“Dia ingat dia buat benda kelakar?”
